Menu
Pemulihan_alam_sekitar Teknologi pemulihanTerdapat banyak teknologi pemulihan alam sekitar yang berbeza-beza. Kesemua teknologi tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kaedah ex situ dan kaedah in situ. Kaedah ex situ membabitkan penggalian tanah yang terjejas dan kemudiannya perawatan tanah di permukaan bumi, manakala kaedah in situ merawat kontaminasi tanpa sebarang pemindahan tanah.
Pendekatan pemulihan yang lebih tradisional (digunakan pada tapak terkontaminasi sebagai pendekatan yang paling popular dari 1970-an sehingga 1990-an) terdiri terutamanya daripada penggalian dan pelupusan tanah sehingga "korek dan buang" tanah isian serta "pam dan rawat" air bumi. Sebaliknya, teknologi in situ merangkumi pemejalan dan penstabilan dan merupakan kaedah yang paling popular di Amerika Syarikat.
Proses penggalian boleh mengambil bentuk semudah memindahkan tanah terkontaminasi ke tanah isian yang teratur. Walau bagaimanapun, jika adanya sebatian organik meruap (VOC), pengudaraan bahan korek perlu dilakukan. Tambahan lagi, pengorekan lumpur teluk dan tanah liat kelodak yang terkontaminasi juga perlu dilakukan jika pemalaan menjejaskan dasar sungai atau dasar teluk.
Juga dikenali sebagai "pelarutan dan pemulihan", proses "pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR) membabitkan penyuntikan agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus ke dalam subpermukaan bagi meningkatkan penyaherapan dan pemulihan cecair fasa tak akueus (NAPL) yang terikat rapat.
Bagi bentukan geologi yang membenarkan penghantaran agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus, pendekatan ini memberikan penyelesaian yang kos-berkesan dan kekal kepada tapak-tapak yang dahulunya tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan-pendekatan pemulihan yang lain. Teknologi ini juga amat berkesan apabila digunakan sebagai langkah pertama dalam pendekatan pemulihan berbilang faset yang menggunakan SEAR diikuti oleh pengoksidasian in situ, peningkatan biopemulihan atau pengekstrakan wap tanah (SVE).
Pam dan rawat membabitkan pengepaman air tanah terkontaminasi dengan menggunakan pam vakum tenggelam lalu menulenkan air itu dengan perlahan-lahan menerusi satu siri bekas yang mengandungi bahan-bahan yang direka bentuk untuk menjerap bahan pencemar dari air tersebut. Bagi tapak tercemar petroleum, bahan ini biasanya merupakan karbon diaktifkan dalam bentuk berbutir. Bahan uji kimia seperti bahan kelompok diikuti oleh turas pasir juga boleh digunakan untuk mengurangkan pencemaran air tanah. Penanggalan udara merupakan satu lagi kaedah yang berkesan terhadap bahan pencemar meruap seperti sebatian BTEX yang terdapat dalam gasolin.
Bagi kebanyakan bahan terbiodegradasikan seperti BTEX, MTBE dan kebanyakan hidrokarbon, bioreaktor boleh digunakan untuk membersihkan air terkontaminasi sehingga tahap tak boleh kesan. Kepekatan luahan air tanah yang amat rendah yang memenuhi atau mengatasi piawai luahan untuk kebanyakan bahan pencemar juga dapat dicapai menerusi bioreaktor lapisan terbendalir.
Bergantung kepada geologi dan jenis tanih, pam dan rawat boleh merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kepekatan bahan pencemar yang tinggi. Walau bagaimanapun, keupayaannya untuk mencapai kepekatan yang cukup rendah supaya dapat memenuhi piawai-piawai pemulihan adalah lebih susah, akibat keseimbangan proses-proses penyerapan (kimia)/penyaherapan di dalam tanah.
Kerja pemejalan/penstabilan memiliki rekod prestasi yang agak baik, akan tetapi ia juga memiliki kelemahan yang serius yang berkenaan dengan ketahanan penyelesaian dan kesan jangka panjang yang berpotensi. Tambahan lagi, pemancaran CO2 yang diakibatkan oleh penggunakan simen juga merupakan suatu halangan yang utama terhadap penggunaannya secara meluas dalam projek-projek pemejalan/penstablilan.
Pemejalan/penstablilan (S/S) ialah teknologi pemulihan/perawatan yang bergantung kepada tindak balas antara pengikat dengan tanah untuk menghentikan/mencegah atau mengurangkan kebolehgerakan bahan pencemar.
S/S lazim merupakan suatu teknologi pemulihan yang mantap untuk tanah terkontaminasi serta juga suatu teknologi perawatan untuk sisa berbahaya di banyak negara. Walau bagaimanapun, kadar penerimaan teknologi-teknologi S/S agak sederhana, akibat sebilangan halangan yang termasuk:
Teknologi-teknologi pengoksidian in situ yang baharu semakin umum digunakan untuk merawat berbagai-bagai bahan pencemar tanah dan bahan pencemar air tanah. Pemulihan menerusi pengoksidian kimia membabitkan penyuntikan pengoksida yang kuat seperti hidrogen peroksida, gas ozon, kalium permanganat, atau persulfat-persulfat.
Gas oksigen atau udara ambien juga boleh disuntik sebagai pendekatan yang lebih sederhana. Walau bagaimanapun, salah satu kelemahan pendekatan ini ialah kemungkinan bahawa penghapusan bahan pencemar menerusi pelemahan semula jadi adalah kurang berkesan, jika bakteria yang biasa hidup di dalam tanah lebih menyukai persekitaran penurunan. Tambahan lagi, bergantung kepada hidrogeologi tapak, penyuntikan gas ke dalam air tanah juga boleh mengakibatkan bahan pencemar menular dengan lebih cepat daripada biasa.
Pengekstrakan Wap Tanah (SVE: soil vapor extraction) ialah teknologi pemulihan tanah yang berkesan, manakala "Pengekstrakan Berbilang Fasa" (MPE: Multi Phase Extraction) amat berkesan apabila tanah dan air tanah memerlukan pemulihan serentak. SVE dan MPE mempergunakan teknologi yang berbeza untuk merawat sebatian organik meruap (VOC) gas lepas yang dihasilkan selepas penghapusan udara dan wap (dan VOC) daripada subpermukaan menerusi vakum. Proses-proses tersebut melibatkan karbon diaktifkan berbutir (paling umum digunakan dari segi sejarah), pengoksidaan terma dan/atau bermangkin, dan pemeluwapan wap. Umumnya, karbon digunakan untuk arus wap berkepekatan VOC rendah (<500ppmV), pengoksidaan untuk arus berkepekatan VOC sederhana (sehingga 4,000 ppmV), dan pemeluwapan wap untuk arus berkepekatan VOC tinggi (>4,000 ppmV). Yang berikut ialah ringkasan untuk setiap teknologi:
Pengolahan masalah alam sekitar menerusi cara biologi dikenali sebagai "biopemulihan", dengan penggunaan tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai fitopemulihan. Biopemulihan kekadang digunakan bersama-sama dengan sistem pam dan rawat. Dalam kaedah biopemulihan, bakteria, baik yang semula jadinya hidup mahupun dibiak dengan khasnya, digunakan untuk memakan bahan pencemar di dalam air tanah yang dikeluarkan. Ini kekadang dirujuk sebagai sistem bio gak. Air tanah dikitar semula berkali-kali untuk membenarkan air mengalir secara berterusan demi meningkatkan pertumbuhan populasi bakteria. Kekadangnya, bakteria boleh bertumbuh sehingga penurasan dan pengepaman terjejas. Bekas yang digunakan kemudian harus dikeringkan sebahagiannya. Ketelitian perlu diambil untuk memastikan bahawa pertukaran kimia air tanah yang mendadak tidak membunuh bakteria (misalnya, pertukaran pH yang mendadak).
Pengekstrakan dua fasa menggunakan sistem pengekstrakan wap tanah yang menghasilkan vakum tinggi dan menyebabkan pengekstrakan kedua-dua wap terkontaminasi serta sedikit air tanah terkontaminasi. Kaedah ini tidak begitu cekap kerana banyak tenaga diperlukan untuk menarik air menerusi vakum, bebanding dengan penggunaan pam tenggelam yang menolak air.
Menu
Pemulihan_alam_sekitar Teknologi pemulihanBerkaitan
Pemulihan alam sekitar Pemulihan ekologi Pemulihan DNA Pemulihan Meiji Pemulauan Bani Hasyim Pemuliharaan tenaga Pemuliharaan (etika) Pemulihan Kemmu Pemuliharaan alam semula jadi Pemuliharaan sejarahRujukan
WikiPedia: Pemulihan_alam_sekitar http://www.epa.gov/brownfields http://www.epa.gov/superfund http://toxics.usgs.gov/index.html http://www.clu-in.org http://www.epareachit.org/ http://rhodesnsw.org